Kamis, 12 Januari 2012

Mas kahwin Fatimah

Ketika Allah memerintahkan Rasulullah untuk mencarikan suami bagi anaknya, Rasulullah memanggil semua sahabatnya tanpa sebarang diskriminasi.

“Allah memerintahkan aku untuk memberitahu kamu bahawa sesiapa yang mampu membaca seluruh Al-Qur’an pada malam, ini boleh menikahi puteriku, Fatimah, jika dia menerimanya,” kata Rasulullah.

Malam itu, semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi Talib yang pulang ke rumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan azan subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Rasulullah saw.

Ketika Nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorangpun menjawabnya, kerana amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam saja. Namun Ali bin Abi Talib berkata, “Ya Rasulullah saw, aku telah menamatkan seluruh Al-Quran semalam.”

Sahabat-sahabat yang lain melihat ke arah Ali dengan hairan. “Bagaimana kamu menyelesaikannya? Bukankah kamu tidur semalaman,” tanya salah seorang dari mereka.

“Tidak, aku memang menyelesaikannya,” Ali menjawab.

“Siapa saksimu, Ali?” soal Rasulullah saw.

“Allah adalah saksiku dan engkau, ya Nabi saw adalah juga saksiku,” Ali menjawab ringkas.

“Aku membaca ‘Laa ilaha ill Allah, Muhammad Rasulullah’ sebanyak 3 kali, Astaghfirullah (70 kali), Surah Al Fatihah (1 kali), Surah Al Ikhlas (3 kali), Surah Al Falaq (1 kali), Surah An Naas (1 kali), Laa ilaha ill Allah (10 kali), dan Selawat Nabi ‘Allahumma solli alaa Muhammadin wa alaa ali muhamaddin wa salim’ sebanyak 10 kali,” Ali menyambung.

“Sebagaimana Allah memberi kesaksian, aku juga memberi kesaksian bahwa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika kamu membaca seperti apa yang dibaca oleh Ali, sama seperti dia membaca 30 juzuk Al Qur’an,” kata Rasulullah saw.

“Fatimah, apakah engkau menerima Ali sebagai suamimu?” Rasulullah saw. bertanya pada puterinya.

“Dengan satu syarat,” Fatimah menjawab.

Semua sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian kepada Nabi. Ketika Nabi saw berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, malaikat Jibril turun dan berkata pada beliau, “Wahai Nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, Allah Yang mengatakan padamu untuk menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.”

“Apa syaratmu, Fatimah ?” tanya Rasulullah saw.

“Syarat itu bukan untuk Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika ini dipenuhi, maka aku menerimanya. Jika tidak, aku menolak untuk menikah dengan Ali” jawab Fatimah.

Kemudian Jibril mengingatkan Rasulullah saw. akan pesan Allah untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya.

“Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat para wanita dalam kerohanian, ” kata Jibril

“Apa syaratmu, Fatimah?” sekali lagi Nabi bertanya

“Aku selalu mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya Allah, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka ! Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!” jawab Fatimah,

“Aku mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahwa ketika wafat, dalam kubur, dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut, Umatku..Umatku ! Pada Allah. sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kahwinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali,” sambung Fatimah sebagai menyatakan keinginannya.

Apa yang diminta oleh Fatimah adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa terkecuali sebagai mas kahwinnya. Oleh itu kerana ia tidak terletak ditangannya, Rasulullah perlu menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya.

“Allah menyampaikan Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. Allah swt menganugerahan apa yang dimintanya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan Ali,” kata Jibril ketika dia datang.

Segera Nabi berdiri dan mengerjakan solat 2 rakaat sebagai rasa syukur pada Allah swt. Fatimah ternyata mementingkan pengorbanannya bagi umat Nabi saw. Tidak seorang umat pun yang akan berada diluar mas kahwin Fatimah, kerana jika Allah menarik satu umat dari mas kahwin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah.

Nama Isteri Nabi Muhammad

1.Khadijah binti Khuwailid
Dinikahi oleh Nabi Muhammad ketika Nabi berusia 25 tahun manakala Khadijah 40 tahun. Mahar kahwinnya sebesar 12.5 uqiah emas. Sehingga Khadijah meninggal dunia, Nabi Muhammad tidak mengahwini wanita lain. Dia meriwayatkan sebuah hadis sahaja.

2.Saudah binti Zam’ah

Dinikahi oleh Nabi Muhammad pada tahun kesepuluh selepas kenabian. Sebelumnya, Saudah isteri kepada sepupunya sebelum bercerai. Nabi Muhammad pernah mahu menceraikannya ketika menikahi Aisyah tetapi dia tidak melakukannya. Dia meninggal dunia semasa Umar al-Khattab menjadi khalifah

3.Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq

Dinikahi oleh Nabi Muhammad di Mekah ketika berusia enam tahun dan hidup bersama ketika berusia sembilan tahun. Mas kahwinnya bernilai 400 dirham. Merupakan isteri yang paling di cintai oleh Nabi Muhammad. Dia meriwayatkan 1210 hadis dan meninggal dunia ketika berusia 57 tahun. Jenazahnya disembahyangkan oleh Abu Hurairah dan dikebumukan di al-Baqi’ pada waktu malam

4.Hafsah binti Umar
Dinikahi pada bulan Syaaban, kira-kira 30 bulan selepas hijrah. Bapanya ialah Umar bin Khattab, manakala ibunya ialah Zainab binti Mazh’un. Hafsah dilahirkan lima tahun sebelum kenabian dan dinikahi dengan mahar sebanyak 400 dirham. Dia meriwayatkan sebanyak 60 hadis. Meninggal dunia pada bulan Syaaban, 45H. Jenazahnya disolatkan oleh Marwan bin al-Hakam, Gabenor Mekah pada waktu itu.

5.Zainab binti Khuzaimah
Dinikahi pada tahun ketiga hijrah dengan mahar sebanyak 400 dirham. Dua tiga bulan selepas bernikah, dia meninggal dunia pada usia 30 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh Nabi Muhammad dan dikebumikan di al-Baqi’.

6.Hindun binti Abu Umaymah bin al Mughirah

Bernikah dengan Nabi pada akhir bulan Syawal tahun keempat Hijrah (ada yang mengatakan tahun kedua). Anaknya sendiri yang menikahkannya dengan Nabi sekaligus menunjukkan bahawa anak boleh menjadi wali pernikahan ibunya. Namun ini dikatakan bertententangan dengan Mazhab Syafie. Hindun meriwayatkan 328 hadis. Dia meninggal dunia pada zaman pemerintahan Yazid bin Muawiyah pada tahun 60H ketika berusia 84 tahun. Dia dikebumikan di al-Baqi’.

7.Zainab binti Jahsy

Zainab merupakan hamba kepada Umaymah binti Abdul Muthalib. Nabi menikahkannya dengan Yazid bin Harithah. Setelah Yazid menceraikannya, Nabi menikahi Zainab pada tahun ke-5H dengan mahar 400 dirham. Ketika itu Zainab berusia 35 tahun. Zainab meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia pada tahun ke-20H ketika berusia 53 tahun. Jenazahnya di solatkan oleh Umar al-Khattab dan dikebumikan di al- Baqi’

8.Juwairiyah binti al-Harith
Juwairiyah ialah dari Bani Musthaliq. Dia merupakan hamba kepada Tsabit bin Qays. Nabi membelinya dari Tsabit, meemrdekakannya dan menikahinya dengan mahar 400 dirham. Juwairiyah meriwayatkan 7 hadis dan meninggal dunia di Madinah pada bulan Rabiulawal 56H ketika berusia 70 tahun. Jenazahnya disolatkan oleh Marwan bin al-Hakam.

9.Rayhanah binti Yazid

Rayhanah ialah dai Bani Nadhir. Dia adalah antara tawanan Bani Quraizah yang kemudiannya dipilih oleh Nabi bagi menjadi isterinya. Rayhanah seorang yang cantik dan berakhlak mulia. Apabila menjadi tawanan dia diberi pilihan sama ada mahu memeluk Islam atau tetap dengan agamanya. Dia memilih Islam lalu dimerdekakan dan dinikahi oleh Nabi pada tahun ke-6H. Dia pernah diceraikan oleh Nabi kemudian rujuk semula. Dia meninggal dunia apabila Nabi pulangdari haji wida’ dan dikebumikan di al Baqi’

10.Umm Habibah binti Ramlah

Nabi mengutuskan Amr bin Umayyah ke Najasyi untuk menikahi Umm Habibah. Raja Najasyi memberikan mahar sebanyak 400 dinar. Khalid bin Said menjadi wali Umm Habibah kerana dia merupakan anak pakciknya. Raja Najasyi kemudian membawanya kepada Nabi pada tahun ke-7H. Dia meninggal dunia pada tahun 44H

11.Safiyyah binti Hayyi

Safiyyah bukan berbangsa Arab. Dia dari bani Nadhir, dari bani Israil dan berketurunan Harun bin Imran. Bapanya merupakan seorang tokoh bani Nadhir yang berperang melawan bani Quraizah. Dia menjadi tawanan ketika perang Khaibar dan dipilih sendiri oleh Nabi dan dinikahinya selepas dia merdeka. Pembebasannya itu dijadikan sebagai mahar. Dia seorang yang cantik dan ketika itu belum berusia 17 tahun. Safiyyah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di al Baqi’

12.Maimunah binti al Harith

Asalnya dia bernama Barrah dan Nabi memberi nama Maimunah. Ibunya bernama Hindun binti Awf bin Zuhayr. Maimunah meriwayatkan 76 hadis. Dia meninggal dunia ketika berusia 80 ahun pada tahun 51H. Dia ialah isteri terakhir yang Nabi nikahi dan paling akhir meninggal dunia.

Siti Khadijah isteri Rasulullah

DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)
 
SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.  Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.

Walaupun berbeda usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeda dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.

Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk menikahi baginda.

Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.

Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.

Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah mengeluh apatah lagi bermasam muka. Beliau melayani suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.
Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.

Nama Lengkapnya Siti Khadijah iaitu Siti Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, yang tergolong daripada golongan bangsawan dan ternama di Mekah.
Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah Daripada al-Quran,